Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Tu jer nak tulis dulu...sebab mata dah bengkak, ngantuk...tapi thn baru ni, tahun emma nak dapat baby ke-2.. Tengah menghitung hari jer nih...tanda2 awal dah ada..tunggu masa yang tepat baru boleh gi spital...nnt smbung balik..apa pon to all.. Apa yang berlaku 2011 adalah sejarah yang mematangkan kita untuk menjadi lebih baik....2012, jom buat azam baru yang lebih baik dari semalam....

Sunday, December 18, 2011

Doa untuk anak dalam kandungan

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan cepat, mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Sunday, December 4, 2011

Dini Time's - Dini Start go to PlaySchool...


1st day - excited sgt datang jer school terus main, tp bila aku cakap.."okay Dini..Papa and Ibu go to work, Dini go to school" terus pakai shoes dia and kelam kabut dia naik kereta..So funny..her teacher ketawa jer...

So, kena la pujuk dia and bawak masuk sekolah kejap...balik kerja amik Dini, tanya Cikgu dia, how's Dini? Cikgu cakap she's good girl, tak nangis.. makan meehoon, makan nasi, minum susu 2 botol, baca buku cerita, solat zohor and asar, suka tanya cikgu, so dia ada perasaan ingin tahu...Sound good for 1st day :). Balik sekolah papa cakap jom belanja makan Tutti Frutti..Baru 1 hari sekolah..hehehe...


2nd day sekolah - anak Ibu balik pakai tudung..ala sweetnyer diaaaaa...comel sgt.... tak nak bukak tudung sampai dalam rumah baru dia nak bukak...gembiranya rasa.... tapi cikgu dia luper bagi minum air kot...kering bibir anak ibu ni...

3rd day - She seem refused nak pergi school, maybe sebab dah 2 hari cuti.. dah la hari ni aku sorang yang hantar dia, meragam jer.. pujuk pujuk dekat 5 min baru nak turun kereta...tak masuk school lagi... dia main sorang2 kat luar..pujuk masuk, still tak nak...lepas tu muka dah cebik cebik nak nangis...alaaa sedihnyee tengok Dini nangis...cian anak Ibu... lepas tu Cikgu dia bawak masuk...tak tahu la dia macamana lepas tu... balik ni tanya cikgu dia... tpi aku dah pesan every hours bagi dini minum air...
Jangan Lupa Puasa 5th & 6th December 2011

Mengapa kita puasa pada Hari Asyura?

Untuk makluman atau peringatan, 9 Muharram disebut sebagai Hari Tasu’a dan 10 Muharram pula disebut Hari Asyura. Dan Rasulullah SAW menggalakkan umatnya (kita semua) untuk BERPUASA pada hari Asyura.












Apakah kelebihan puasa pada hari Asyura?


1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)


2. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata : “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

3. Kata Ibnu Abbas r.a. : “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

Monday, October 10, 2011

RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI.. 

Tip Revolusi dari Irfan Khairi
Pasaran dunia adalah adil, sekiranya kita hebat, pulangan hebat. Sekiranya kita sederhana, pulangan sederhana. Sekiranya kita malas, pulangan pun malas malas je datang ;)
Jadi Emma, JANGAN MALAS!!! Berusaha lah untuk berjaya...Yes, Berusahaaalahhh!!!Chaiyo! Chaiyo!

Tuesday, September 13, 2011